Hi, hi, kali ini kita cuba telur separuh masak pulak :)

Ingredients

  • Telur
  • Air Panas yang Mendidih
  • Kicap

Utensils

  • Periuk dan Penutupnya
  • Penyepit
  • Mangkuk
  • Sudu

 

Ok Mula-mula sekali sediakan periuk mengikut saiz yang sesuai (berapa banyak telur nak letak)

Telur Separuh Masak

 

Kemudian masukkan air paip ke dalam periuk tersebut. pasti kan jumlah air tersebut seelok-eloknya sehingga mampu menenggelamkan telur

Telur Separuh Masak 2

 

Nyalakan api. Kalau nak cepat nyalakan api yang besar

Telur Separuh Masak 3

 

Bila air dah menggelegak, (macam gambar dekat bawah ni) , tutup api.

Telur Separuh Masak 4

Dengan menggunakan penyepit masukkan telur secara perlahan-lahan. Pastikan telur telah mencecah dasar periuk baru lepaskan sepitan

(jangan lepas sampai telur terhentak pada dasar periuk sebab akan menyebabkan telur retak atau pecah dengan mudah) senang nak jadi

sebab air panas sangat. sedikit hentakkan pun telur akan retak.

Telur Separuh Masak 5

Telur Separuh Masak 6

 

Lepas tu tutup periuk.

Telur Separuh Masak 7

Sekarang waktu yang paling penting.

waktu menunggu telur masak

Yes people, timing amat penting untuk telur separuh masak

kalau air tadi betul-betul menggelegak (air panas heater tak berkesan mana)

selalunya orang akan tunggu diantara 5 hingga 10 minit.

Kalau kurang dari 5 minit macam makan telur mentah yang panas

dan kalau lebih dari 10 minit pulak dah jadi macam telur rebus dah.

Selalunya yang saya buat dalam 6 atau 7 minit.

6 minit untuk telur yang simpan kat luar dan 7 minit untuk telur disimpan dalam peti sejuk.

Kali ini saya pakai telur yang disimpan diluar jadi kita tunggu 6 minit.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ting~

.

.

.

.

.

.

.

Kalau nak tau telur tadi ada pecah ke tak kita waktu ni kita akan nampak putih telur keluar dari tempat yang pecah tadi

tapi untuk kali ini tak pecah so tak nampak apa-apa  =)

Telur Separuh Masak 8

Masukkan telur tadi dengan menggunakan penyepit ke dalam singki

Telur Separuh Masak 9

Basuh dengan air supaya telur tu sejuk sikit agar tak panas bila nak pegang selepas ini

Telur Separuh Masak 10

Pecahkan telur dan masukkan kuning dan putih telur ke dalam mangkuk

Telur Separuh Masak 11

Gunakan sudu untuk keluarkan sisa-sisa yang tertinggal dalam telur tadi,

tak baik membazir.

Telur Separuh Masak 11a

Tadaaaaaaaaa~~

Dah siap :D

Telur Separuh Masak 12

Lepas tu tambah kicap dan boleh la makan

Nom Nom Nom~!~

Telur Separuh Masak 13

Telur Separuh Masak 14

**Kalau tak suka kicap jangan letak banyak macam saya :P

**Boleh tambah black papper atau sedikit sayur atau apa-apa yang anda suka,

That’s all. Senang kan  =)